Pusat Sukan
Pusat Sukan
Selaras dengan arahan daripada Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, Unit Sukan telah mula beroperasi sebagai sebuah Pusat Sukan bermula pada 15 April 2011. Pusat Sukan berperanan sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang aktiviti sukan dan rekreasi untuk pelajar dan staf. Melalui program-program sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran Pusat Sukan untuk mengenalpasti dan melaksanakan sekurang-kurangnya 30 aktiviti sukan di UTHM dalam mencapai penglibatan 40% pelajar dan 10 % staf.
Pusat Sukan juga bertanggungjawab untuk merancang prasarana sukan dan rekreasi meliputi kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti dengan lebih sistematik dan teratur mengikut spesifikasi Persekutuan Sukan Antarabangsa. Di antara fasiliti sukan yang boleh digunakan oleh pelajar dan staf Universiti ialah stadium yang dilengkapi dengan balapan sintetik dan kemudahan lampu limpah. Pusat Sukan juga mempunyai 3 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang skuasy, 4 gelanggang tenis, 4 gelanggang bola tampar, 1 gelanggang bola keranjang dan 1 gelanggang serbaguna yang meliputi 2 jenis sukan iaitu bola jaring dan bola baling. Lain-lain kemudahan yang disediakan ialah padang bola sepak, padang ragbi, gimnasium, dewan badminton, sebuah tembok mendaki tiruan, turf hoki dan dewan serbaguna yang dilengkapi dengan kemudahan sukan ping-pong, silat dan taekwondo.
Pelbagai aktiviti sukan utama yang dijalankan oleh Pusat Sukan ialah Karnival Sukan Pelajar, Kejohanan Sukan Dalaman, Kejohanan Sukan Konvo dan Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pusat Sukan juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kejohanan Sukan Staf, dan kejohanan-kejohanan jemputan samada di peringkat tempatan, kebangsaan mahupun antarabangsa.
Â
Â







