Notice: Undefined property: stdClass::$sectionid in /home/psu/public_html/plugins/content/Google_Plus_One_Button/Google_Plus_One_Button.php on line 86
Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri

Latar Belakang
- Kejohanan ini dinamakan Piala Timbalan Perdana Menteri sebagai penghargaan Kementerian Pengajian Tinggi di atas sumbangan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam usaha membangunkan sukan di Malaysia khususnya dalam mengekalkan warisan senibela diri selain memupuk minat yang mendalam terhadap sukan silat itu sendiri.
- Kejohanan ini dilihat dapat dijadikan sebagai platform ke arah membudayakan sukan silat dan pengembangan warisan di kalangan pelajar IPT seterusnya dapat melahirkan lebih ramai lagi atlit-atlit yang berpotensi dan cemerlang dalam sukan silat.
- Kementerian memandang serius dalam aspek pembangunan sukan yang dapat membantu membentuk sahsiah dan jatidiri pelajar IPT. Adalah menjadi hasrat Kementerian untuk melahirkan sekurang-kurangnya 30% atlit negara terdiri daripada pelajar IPT selaras dengan pembentukan Dasar Pembangunan Sukan IPT (DPSIPT)
- Pencak Silat kini telah banyak diangkat dan dipertandingkan dalam acara dan kejohanan yang bertaraf Kebangsaan dan Antarabangsa seperti Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Sea dan Kejohanan Sukan Pencak Silat Dunia.
Objektif Kejohanan
- Memupuk nilai-nilai jatidiri kepada generasi muda ke arah penghayatan wajadiri sebagai pembinaan sahsiah individu.
- Menarik minat dan mencungkil bakat, menguji tahap kemampuan serta meningkatkan prestasi atlit dalam sukan pencak silat.
- Sebagai salah satu medium bagi penambahbaikan dari segi pembangunan sukan pencak silat dan meyambung tradisi melayu.
- Memberikan pendedahan dan pengalaman kepada atlit dalam kejohanan dan bersaing dengan pesilat yang lain khususnya di peringkat antarabangsa.
- Sebagai tanda sokongan Universiti kepada Dasar Pembangunan Sukan IPT.
- Sebagai persiapan bagi pasukan pelapis atau elit kebangsaan